Banci Negara 2025
Kerajaan Jepun akan menjalankan Banci Negara mulai 1 Oktober 2025.
Banci Negara adalah kaji selidik statistik paling penting yang dijalankan setiap lima tahun.
Hasil bancian akan digunakan untuk melaksanakan polisi seperti mewujudkan bandar yang mudah didiami warga asing.
Banci Negara ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira kewarganegaraan, yang telah tinggal di Jepun selama tiga bulan atau lebih atau yang merancang untuk tinggal di Jepun selama tiga bulan atau lebih. Adalah menjadi kewajipan responden untuk menjawab, maka sila pastikan anda memberikan jawapan.
Maklumat yang diberikan akan digunakan semata-mata untuk tujuan statistik sahaja dan tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain seperti kawalan imigresen atau siasatan polis.
Jika mana-mana perkara berikut berkenaan dengan anda, sila hubungi Pusat Perhubungan Banci.
- Sekiranya di rumah anda tiada sesiapa yang telah tinggal di Jepun selama 3 bulan atau lebih atau yang merancang untuk tinggal di Jepun selama lebih 3 bulan atau lebih
- Sekiranya ada orang lain yang tinggal di rumah anda tetapi mempunyai Sara Hidup yang berbeza
- Sekiranya ada orang lain yang tinggal di bilik berasingan yang bebas di rumah anda
Kaedah mengisi Banci Negara
Jawapan melalui Internet
dari Sabtu, 20 September hingga Rabu, 8 Oktober
Sila lengkapkan banci ini melalui internet. Sebaik sahaja anda menerima dokumen banci di rumah, sila akses laman jawapan dan jawab soalan mengikut arahan pada skrin.
Semasa menjawab, sila imbas “Kod QR Log Masuk” yang dicetak di sudut kanan bawah “Borang Permohonan Jawapan Internet” di dalam “Sampul Dokumen Banci” yang telah diedarkan kepada anda.

- Sampul Dokumen Banci
- Borang Permohonan Jawapan Internet
Kod QR Log Masuk
Sebaik sahaja anda telah mengakses Banci Negara Dalam Talian melalui “Kod QR Log Masuk”, sila pilih bahasa yang anda ingin gunakan untuk menjawab daripada “Language” di penjuru kanan sebelah atas. Jawapan melalui Internet tersedia dalam bahasa berikut:
Jepun,
Inggeris,
Cina (ringkas / tradisional),
Korea,
Vietnam,
Portugis,
Sepanyol
Jika anda tidak dapat mengimbas kod QR menggunakan komputer atau peranti lain, sila klik “Mula menjawab” di bawah. Untuk log masuk, anda memerlukan “ID Log Masuk” dan “Kunci Akses” yang dicetak pada “Borang Permohonan Jawapan Internet”.
Mula menjawab (Inggeris)- Maklumat yang anda berikan dilindungi oleh kawalan keselamatan yang ketat, oleh itu, anda boleh yakin bahawa ia adalah selamat dan terjamin.
- Jika terdapat sebarang perubahan pada jawapan anda, seperti kelahiran atau perpindahan ahli isi rumah sebelum Rabu, 1 Oktober, sila log masuk semula dan buat pembetulan (sebelum tarikh akhir menjawab). Untuk log masuk semula, anda memerlukan “ID Log Masuk” dan “Kata Laluan” yang anda tetapkan.
- Isi rumah yang telah menjawab melalui Internet tidak perlu menghantar borang banci fizikal. Sila jangan isi borang banci fizikal dan lupuskannya supaya tidak digunakan untuk tujuan lain
Jawapan melalui borang banci fizikal
dari Rabu, 1 Oktober hingga Rabu, 8 Oktober
Jika anda tidak dapat menjawab melalui Internet, sila jawab melalui borang banci fizikal.
Jika anda menjawab menggunakan borang banci fizikal, sila rujuk kepada “Terjemahan Borang Banci” dan “Terjemahan Kaedah Mengisi Borang Banci” dan jawab borang banci yang disertakan fi dalam “Sampul Dokumen Banci” yang telah diedarkan kepada anda.
Sila lipat tiga Borang Banci yang telah lengkap, masukkan ke dalam “Sampul untuk Pengeposan” dan tanpa melekatkan setem, hantarkannya ke peti pos yang paling hampir dengan anda selewat-lewatnya pada hari Rabu, 8 Oktober.
- Jika anda menghadapi masalah untuk mengepos, sila hubungi Pusat Perhubungan Banci di bawah dan pembanci akan datang untuk mengutip Borang Banci.
- 1 helai Borang Banci fizikal boleh digunakan untuk mengisi sehingga empat orang. Jika anda mengisi untuk lebih daripada lima orang, Borang Banci tambahan akan diedarkan, sila hubungi Pusat Perhubungan Banci di bawah.

Sila jawab selewat-lewatnya pada hari Rabu, 8 Oktober.
Jika kami tidak menerima jawapan anda selewat-lewatnya pada hari Rabu, 8 Oktober, seorang pembanci akan melawat anda untuk mengingatkan anda supaya menjawab.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Banci Negara, sila hubungi Pusat Perhubungan Banci.
Pusat Perhubungan Banci
Talian Navi:
0570-02-5901
Untuk telefon IP dan telefon bimbit prabayar:
03-6628-2258
Tempoh aktif: Sehingga Jumaat, 7 November
Waktu operasi: 9:00 pagi hingga 9:00 malam
- Operator akan membalas dalam bahasa Jepun, tetapi panggilan melalui jurubahasa boleh dilakukan. .
- Perkhidmatan ini adalah percuma, tetapi terdapat bayaran untuk membuat panggilan
“Kod QR” ialah tanda dagangan berdaftar milik DENSO WAVE Inc.